بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasaselepas puasa Ramadhan
ialah puasadalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah
solat fardu ialah solat 1/3 malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Rasulullah
SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi
SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari
Asyura.
.
Rasulullah
SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani
Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah
berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut
jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari
itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari
itu.” (Riwayat
Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Nabi
SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari
Asyura, maka berpuasalah kamu.”(Musnad
Baqi ibn Makhlad)
.
Berpuasa sebaiknya
didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb.
Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada
hari Asyura sahaja.
.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
Daripada
Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari
‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat
bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini
(‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti
daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Riwayat Imam Muslim)
.
Sabda
Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada
hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang
Yahudi.” – Riwayat Al Baihaqi.
.
Rasulullah
SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari
‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari
sebelumnya dan sehari setelahnya.”
(HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi
SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura
dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa
pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.” (Riwayat
Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).
.
.
Niat Puasa
.
a. Niat puasa hari kesembilan
Muharam (Hari Tasu’a) ialah:
.
.
b. Pada hari ke-10 Muharram (Hari
Asyura) niat puasanya ialah:
.
.
.
Fadhilat
Puasa Muharram
Kelebihan
berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah
SAW.:
.
1.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama
puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan
sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam
hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa
pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah
ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahunmelakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan
dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran
berpuasa sepanjang tahun. Berpuasapada hari Asyura juga
dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang
berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
.
4.
Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat
Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada
hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram),
dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat
Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
5.
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram).
Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
.
.
Zakat
Puasa
.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:” لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم “…رواه ابن ماجه
Daripada
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat
badan kita ini adalah PUASA. ”
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah )
.
وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا
Dan
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Berpuasalah
kamu sekalian, nescaya kamu akan beroleh kesihatan.”
.
Maka
marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat
dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



0 komentar:
Posting Komentar